Bio Valentio Rossi (46)
Valentino Rossi (lahir 16 Februari 1979 di Urbino) adalah seorang pelumba motosikal profesional berbangsa Itali serta juara dunia berbilang kali di dalam kejohanan MotoGP. Beliau adalah salah seorang daripada pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan 8 kali gelaran juara dunia acara MotoGP. Pada tahun 2006, beliau terlepas gelaran ke-8 beliau kepada Nicky Hayden, dan tahun seterusnya pula dengan Casey Stoner.
Menurut Sports Illustrated, Rossi adalah atlet sukan dengan pendapatan ke-7 tertinggi di dunia, dan kedua di luar Amerika Syarikat, dengan pendapatan lebih kurang AS$30 juta setahun. Mengikuti jejak langkah ayahnya, Graziano Rossi, Rossi mula berlumba di dalam Grand Prix Motosikal pada tahun 1996 untuk pasukan Aprilia dalam kategori 125 cc dan memenangi kejohanan sulung beliau pada tahun berikutnya. Dari situ, beliau beralih ke kategori 250 cc, sekali lagi dengan Aprilia, dan memenangi kejuaraan seterusnya pada tahun 1999. Beliau memenangi gelaran juara 500 cc dengan mesin Honda pada tahun 2001 dan seterusnya kategori MotoGP (juga dalam pasukan Honda) pada musim 2002 and 2003, dan seterusnya beralih ke pasukan Yamaha di mana beliau memenangi dua lagi gelaran juara dunia pada musim 2004, 2005 dan 2008.
Pencapaian
1985 Go-kart pertama.
1989 Penyertaan sulung dalam perlumbaan kart 60cc.
1990 Juara kejuaraan kart tempatan 60cc, menang sembilan kali.
1991 Peringkat 5 di Kejuaraan Junior go-kart Itali ; beralih ke perlumbaan minimoto.
1992 Juara Italian minibike Endurance.
1993 Peringkat 12 Kejuaraan Pengeluaran Sukan 125 cc Itali, dengan motor Cagiva.
1994 Juara Kejuaraan Pengeluaran Sukan 125 cc Itali, dengan motor Cagiva.
1995 Juara kebangsaan Itali 125cc; peringkat 3 125cc Kejuaraan Eropah; peringkat 11 di Kejuaraan, Terbuka Sepanyol 125cc semuanya dengan motor Aprilia.
1996 Peringkat 9 Grandprix 125cc, Scuderia AGV, peringkat 10 kejuaraan Eropah 125cc dengan motor Aprilia.
1997 Juara Dunia Grandprix 125cc, Nastro Azzurro Aprilia, Meraih 11 kemenangan dari 15 perlumbaan, termasuk menjuarai GP di Litar Sentul, Indonesia.
1998 Naib Juara Grandprix 250cc, Nastro Azzurro Aprilia.
1999 Juara Dunia Grandprix 250cc, Aprilia Grand Prix.
2000 Naib Juara Grandprix 500cc, Nastro Azzurro Honda.
2001 Juara Dunia Grandprix 500cc, Nastro Azzurro Honda.
2002 Juara dunia MotoGP, Pasukan Repsol Honda.
2003 Juara dunia MotoGP, Pasukan Repsol Honda.
2004 Juara dunia MotoGP, Pasukan Gauloises Fortuna Yamaha.
2005 Juara dunia MotoGP, Pasukan Gauloises Yamaha.