Blogger news

Tamada, Takahashi gandingan Azlan


PELUMBA Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman optimis mampu mencatat keputusan cemerlang pada Suzuka 8-Hour Endurance Road Race di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun minggu ini.

Azlan menyuarakan keyakinan itu apabila bakal bergandingan dengan dua pelumba bertaraf dunia dalam pasukan Honda Team Asia iaitu rakan sepasukan pada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) 2013, Makoto Tamada dan pelumba Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Yuki Takahashi.

Pelumba berusia 29 tahun itu yang sedang mendahului kategori SuperSports 600cc pada ARRC 2013 bakal beralih ke jentera CBR1000RR pada perlumbaan minggu ini.

Ini merupakan kali kedua Azlan beraksi pada perlumbaan Suzuka 8-Hour Endurance bersama Tamada tetapi penampilan sulung dengan Takahashi.

"Edisi ke-36 kejuaraan ini pasti lebih menarik.

Keyakinan Azlan semakin meningkat untuk menamatkan perlumbaan di atas podium selepas mempunyai gandingan mantap dan turut mendapat sokongan kuat Honda.

"Kami optimis dengan peluang untuk menaiki podium tahun ini. Kali ini, kami mendapat lebih banyak sokongan daripada pengeluar dan mereka juga membekalkan banyak peralatan berteknologi tinggi yang dapat meningkatkan kuasa serta ketahanan jentera kami.

"Selalunya peralatan seperti ini hanya dibekalkan kepada pasukan berstatus 'factory' sahaja.

"Kedua, kami memiliki barisan pelumba yang cukup hebat. Tamada mempunyai banyak pengalaman beraksi dalam perlumbaan Suzuka 8-Hour, manakala Takahashi pula seorang pelumba yang cukup berbakat. Keputusan ketika ujian pra-perlumbaan baru-baru ini juga menunjukkan kami berada dalam kalangan tiga pasukan terpantas," kata Azlan.

Mengulas mengenai penampilan keduanya pada perlumbaan yang berprestij ini, Azlan berkata: "Perlumbaan endurance merupakan satu perlumbaan terbuka dan itulah yang menarik dalam perlumbaan ini.

"Mempunyai jentera yang laju sahaja tidak menjamin kemenangan kerana perlumbaan hanya akan berakhir selepas lapan jam. Apa sahaja boleh berlaku sepanjang tempoh itu. Sebab itulah sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk menaiki podium."



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2a98EO6gs 
Hakcipta terpelihara 

This entry was posted in

Leave a Reply

    Total Pageviews

    Blogroll