CR&S bukanlah jenama motosikal yang sering kita dengari. Saya yakin motosikal ini sendiri tidak terjual di Malaysia tetapi apa yang pasti pengeluar motor custom made dari Milan Itali ini menghasikan motosikal yang kelihatan lain dari yang lain. Mereka menghasilkan CR&S DUU, sebuah motosikal berenjin V-Twin 1916 CC dari Amerika dan mengahwinkannya dengan rolling casis ala Eropah dari Itali. Hasilnya sebuah motosikal yang berkuasa tinggi ala Harley tetapi mempunyai kemampuan membelok seperti sebuah Ducati. Dua versi Duu dishasillkan iaitu Deperlu untuk seorang peenungang dan Conlatusa untuk dua orang penunggang. Enjin yang digunakan menghasilkan torque sebanyak 148 NM dan mampu memecut sehingga 125 batu sejam. Harga sebuah CR&S Duu bergantung kepada jumlah kustomasi yang anda mahukan dan bermula dari USD 27 000 (RM 82 000) .
Popular Posts
-
Benelli TNT 600 2013 keluaran daripada Benelli Keeway Malaysia telah menarik banyak perhatian di arena permotoran dua roda Malaysia. Motor ...
-
Mari kita lihat bagaimana rupa Naza Blade 650R 2013 kalau convert ala-ala RC8. Owner Motor yang kacak bergaya. Cre...
-
Video di bawah menceritakan tentang sekumpulan Biker (perempuan) dari thailand membawa motor berkuasa tggi seperti CBR1000, BMWS1000R, Kawas...
-
Ducati Diavel - RM109 888 Ducati Hypermotard - RM79 000 Ducati Monster 795 CKD- RM59 900 Ducati Multistrada 1200 CK...