Blogger news

Benelli TNT 600 2013

Benelli TNT 600 2013 keluaran daripada Benelli Keeway Malaysia telah menarik banyak perhatian di arena permotoran dua roda Malaysia. Motor ini dibina dengan enjin 4 silinder inline. Apa yang menarik tentang motor ini adalah harganya yg murah berbanding dengan motor 600cc yg lain iaitu RM29990. Walau bagaimanapun, motor ini mempunyai design yang direka di Italy tetapi ianya dipasang di China. Bagi saya semua motor mempunyai kelebihan dan kekurangan.





Dibawah adalah video Reviving dari En Rafi Ahmad dari Melaka Bikers


Bagi sesiapa yang berminat/bermurah hati untuk membuat video Top Speed, sila hubungi En.Rafi A dari Melaka Bikers. Beliau berminat untuk test ride jika diberi peluang.


FAQ

1.Dari mana asal brand Benelli?
   Asal nya dari Italy sejak 1911.Dibeli oleh beberapa syarikat hingga sekarang dibeli oleh Group Qianjiang,China.

2.Kalau dari China,pasang kat China jugak kaa?
   Tidak,TnT600 dipasang 100% di kilang Benelli Keeway motorcycles Sdn.Bhd ,Bukit Beruntung,Selangor.

3.Spare part dr China?
   Yaa,spare parts semua dari China tetapi pasang kat Malaysia untuk model TnT600.

4.Kalau spare parts dari China,kualiti tak bagus lah?
   Tak semesti nya macam tu,sedangkan iPad dan iPhone pun buatan China,berjutaan orang diseluruh dunia gunanya.Seperti jugak Honda,Yamaha,Kawasaki bila muncul 1070 an,semua kata tak boleh pakai,kualiti tak dak tapi sekarang semua orang ada.
Barang China macam motor atau kereta akan setanding atau lebih dari Jepun dalam masa terdekat.Sekarang pun,China negara paling kaya di dunia.

5.Itu barang China,ini nak tau pasal moto Benelli,quality ok ke tak?Bukan senang nak labur RM30k.
   Untuk saya,saya dah ride lebih 3 bulan dgn TnT600 tapi milage baru 3000km.Untuk masa sekarang,saya tak dak masalah.Engine pun tak dak masalah.Barang-barang 'makeup' walaupun plastik,tak dak problem.
Tapi macam semua tau,TnT600 masih baru dalam pasaran walaupun saya dah pakai 3 bulan dan 3000k,saya tak boleh gerenti kualiti nya 'AA'.Kena ambil masa dan milage yang lebih kalau nak tengok dgn betul-betul kualiti nya.
Untuk saya,no problem.

6.Dah bawa TnT600 hingga mana?
   Pg-Bukit Beruntung x 2 , Pg-Perlis x 2, Pg-Banjaran Titiwangsa-Jeli x 1 dan ride-ride yang dekat-dekat.Saya taw ada rider yang ambil sama time dgn saya dah ke Danok dan lebih 5000km dia ride,tak dak masalah.Itu pun saya buat 1st servis,milage dah 2000km.Patutnya 1000km kena buat 1st servis tapi sbb masa saya tak dan.Tapi ini menunjukan TnT600 no prob,boleh tahan,kualiti ok lah.

7.Performance ?
   Kalau pasal overall memang ok untuk moto cc 600.Handling lebih baik dari ER6 sbb dulu saya pakai ER6.Ini saya rasa sbb TnT600 lebih ringan 190kg(dry weight) banding dgn ER6 205kg(dry weight) dan Tayar TnT600 Pirelli Angel depan/belakang.Tayar Pirelli grip mmg terbaek.
Power agak sama lah dgn ER6 ttp top speed TnT600 lebih sikit sbb 4 inline.Tapi kalau pickup,ER6 lebih sikit ttp TnT600 bila rev dah lepas 6000rpm,melonjak laju lebih dari ER6.Tnt600 nak sampai line merah mmg cepat lepas 6000rpm.Lepas 6000rpm,pulas skali aje boleh sampai merah.
Comfort,saya rasa ER6 lebih selesa dari segi seat rider dan pillion.Seat pillion TnT600 mmg tak selesa sbb kecil dan panas(paip bawah seat pillion).
Kedudukan handlebar(jarak) utk ER6 lebih selesa sikit dari TnT600.Ini sbb ER6,tangan kita lebih extent sikit bila ride banding dgn TnT600 yg pendek sikit.Kedudukan handlebar TnT600 mcm KTM sikit.
Braking ER6 lebih kurang sama tp saya tak lah lagi kena brak emergency pun.
Top speed,susah nak kata tp kalau ikut test rider TnT600 capai 236kmj.Saya paling laju 205kmj,tak tahan angin.ER6 pun sama 205kmj lepas tukar paip.kawan2 saya pernah sampai 220kmj dgn ER6.Walau apapun,moto 600cc tak boleh pi laju-laju sangat pun.

8.Pendapatan peribadi saya?
   Saya memang puas hati dgn TnT600.Tak dak prob yang major.Yang ada pun saya nak komplain,engine panas,lagi-lagi bila kena jem,masak.Bila dah ride tu ok lah tak rasa sangat tapi masih panas.Kalau ikut rider-rider lain,ini mmg biasa untk engine 4inline walaupun Yamaha XJ6.
Selain dari tu,saya beli sbb harga yang boleh saya mampu.Sapa tak nak ride moto besar lagi-lagi 4inline tapi kalau sampai RM52K atau 70K atau 100k mmg tak kan dapat rasa lah.Sbb faktor yang paling besar utk saya adalah harga wlaupun dr China co.Harga ER6 lagi mahal.

9.Harga?
   Agak antara RM31600-34000 mengikut kedai masing-masing.Harga tak tetap.Pi shopping dulu,baru beli.Pastikan apa barang free boleh dapat dan berapa byk boleh dapat.Kat Cheras kedai bagi 10 barang free.

 10.Warranty?
      Mengikut kilang BKM,waranti sampai 10km saja.Kalau modify kat mana-mana pun,auto waranti void.Kalau dalam masa waranti,kita tukar paip,auto void.Ini utk kalau kita modify saja,kalau letak kotak ok lah.Ini memang std bagi semua moto pun,modify void semua.

11.Aksesori 'aftermarket' ada tak?
    Untuk masa sekarang,tak da lagi di Malaysia ttp ada member kata kat China boleh dapat benda mcm slider.Benda mcm visor atau yg lain2,kat Msia tak dak lagi tapi kat China atau siam ada kot.cuba cari online.

12.Berapa banyak engine oil yg digunakan? dan jenis apa?
    TnT 600 guna 3.6L(4 bottle).Apa yg di rekomen oleh kilang adalah petronas syntium(sintetik).Apa yang bro nak guna terpulang lah pada bajet masing-masing.
Oil Filter boleh pakai kawasaki atau rekomen kilang adalah filter benelli sendiri.
Harga dekat2 sama.

13.Bagaimana dengan kos maintenance yg lain: tayar,spoket dll?
     Seperti No.12 engine oil 3.6L(4botol) ~Rm120-240 ikut jenis dan brand + filter ~Rm40-55/sebiji. Tayar std Pirelli depan/belakang,sebagai contoh tayar belakang Pirelli ~Rm880-960.Kalau ttg barang2 lain spt sproket,tak tau berapa harga.Ini sbb motor TnT600 masih baru,saya rasa belum ada yang dah sampai tahap kena tukar spoket atau rantai atau plug dll.nak kena tunggu lah masa tu dan harap ada bro2 kita laporkan nanti.

Ini pendapat peribadi saya tentang TnT600 yang setakat ini saya dah guna.Kebarangkalian besar pendapat saya akan beza banyak dengan owner-owner lain.Kalau ada tersalah,tolong tegur lah.Saya pun dok tengah belajar lagi pasal moto ni.Kalau ada tersalah kata,saya tak sengaja,saya minta maaf byk-byk.
Good luck semua.

Sumber - Benelli TNT600 Malaysia Group

This entry was posted in

13 Responses so far.

  1. pergh...mantap!! tq bro..dapat sket2 info ttg benelliTNT600 ni..good luck:)

  2. Anonymous says:

    saya dahpakai tnt600 baru dekat 3 bulan...baru 1 kali servis...nak cerita kebaikan mungkin sbb ianya murah sikit dari yang lain yang 4 inline..ekzos ada bunyi...keburukannya sudah ada pengaratan di disk brake depan yang selalu kenasembur anti karat....yang lain ok dan bagus....

  3. Unknown says:

    Aq rasa minat gak nk sambar sbiji benelli ni...dh guna XJ6....bila ngok benelli tnt600 nmpk garang lak dn smakin bnyk rider yg nunggang...sbiji cam ducati...Inshaa Allah prtngahan Januari ni amek sbiji...hehehehee

  4. Unknown says:

    Hahahaha,lawak la lu ni bro,krta klu lame xpakai pn brkarat disk brake dia..normal..jnji brake lekat ok lah,jgn smpai xblh..

  5. Unknown says:

    Perh!! Power lah Weiiii.. Macam nak angkat sejebik jew! Cutting ducati kot! Ekzos double bawah seat. Memang sexy. Biarpun kepala Suzuki belang. Insyallah kalau bos wa kasi double bonus tahun ni gerenti wa buat pyman selalu. Hutang pown hutang lah.. Ehehhe

  6. Anonymous says:

    ritu dah survey harga kat satu kedai kt Ampang..rm32.500 kalau hutang.maximum loan tujuh tahun..cash rm30k..minimum downpayment rm1000 loan under Aeon credit...

  7. Anonymous says:

    kalu utk 'first-time' rider, sesuai ke moto nih? tgk spec macam tak berat sangat bila bandingkn dengan moto 600cc lain. Atau lebih sesuai cc rendah lagi.

  8. Anonymous says:

    Seeloknya start dr bawah dulu.sesuaikan diri utk adaptasi big boys toys ni..tp lain org lain belalangnya...kalau dah konfiden angkat jela..hehehe

  9. Salam Kenal
    Blogwalking ,,
    Please Visit My Site ,,,

  10. Unknown says:

    sy dah guna benelli tnt600 sekarang ini milage dah 60k km ,sy order part dan buat pomen untuk motor benelli

  11. salam kenal smua
    ada masa lawat channel youtube sy www.youtube.com/CrazycatRider
    sy pengguna TNT600 model 2013..

  12. mfaz says:

    Salam semua... Tnt 600 nie problem dia sensor fan coolant selalu rosak ke.. @ coolant x sesuai pakai yg datang masalah fan.

  13. Muhd faiz says:

    Nak tanya saya berat 120kg, dan berat ke kalau naik tnt 600 ni dan 1 lagi roadtax dan insurans tnt 600 ni mahal ke tak ye?

Leave a Reply

    Total Pageviews

    Blogroll