Blogger news

2012-2013 Triumph Street Triple Dan Daytona 675 Dipanggil Balik Atas Masalah Teknikal



Satu lagi masalah muncul dari pengilang brek Nissin yang melibatkan pengeluar motor iaitu Triumph. Oleh itu, Triumph memanggil balik model 2012-2013 Street Triple, Street Triple R, Daytona 675, dan Daytona 675R. Masalah yg berlaku berpunca daripada Anti-Lock Brake Modulator yang dibekalkan Nissin kepada Triumph. Sebenarnya isu ini juga melibatkan model 2014 Honda CTX700 dan CTX700N, 2013 Kawasaki Ninja 300/250 dan juga 2013 Suzuki Hayabusa.


Bedasarkan maklumat yang diterima, Triumph telah pun mengenal pasti masalah ini pada Disember 2012 dan telah memaklumkan kepada pihak Nissin. Pihak Nissin telah menjalankan siasatan dan menghubungi pihak pengeluar yang lain yang mungkin mengunakan ABS modulator yang sama. Pada 8 julai 2013, pihak Nissin telah menyelesaikan masalah dan menasihatkan pengeluar motor yang mengunakan ABS modulator yg bermasalah untuk memanggil balik model-model yang bermasalah.


This entry was posted in

Leave a Reply

    Total Pageviews

    109723

    Blogroll