Blogger news

Peraturan Baru MotoGP 2014 Disahkan.

Mesyuarat ini telah diadakan pada 13 Julai 2013 bertempat di Sachsenring, Jerman.

Peraturan Teknikal.

  1. Pengunaan  ECU Rasmi MotoGP yang dibekalkan hanya dari Magnetti Marelli.
  2. Kapasiti maksimun pengunaan bahan api ialah sebanyak 24 liter.
  3. Seorang rider hanya boleh mengunakan sebanyak 12 enjin sahaja bagi satu musim GP.
Pelumba Status "Factory"
  1. Setiap Pengeluar, (termasuk pengeluar motosikal dan pengeluar casis), boleh memilih untuk memasukkan sehingga 4 pelumba untuk musim itu dengan mengunakan status "Factory".
  2. Pengunaan ECU Rasmi MotoGP adalah wajib. Walau bagaimanapun pengeluar dibenarkan untuk membangunkan dan menggunakan perisian mereka sendiri.
  3. Kapasiti maksimun pengunaan bahan api ialah sebanyak 20 liter.
  4. Seorang rider hanya boleh mengunakan sebanyak 5 enjin sahaja bagi satu musim GP(Pelumba yang baru mendapat status factory 9 enjin untuk satu musim).
Perubahan yang berlaku ialah dahulu "Factory Team" boleh mengunakan 6 enjin maksimun semusim dibandingkan sekarang 2014, 5 enjin semusim dan juga pengunaan ECU Rasmi MotoGP. Dengan peraturan yang baru ini, adakah HRC Team akan membawa kembali Casey Stoney sebagai pelumba yg berstatus "Factory" memandangkan 1 team boleh ada 4 pelumba berstatus "Factory"?

This entry was posted in

Leave a Reply

    Total Pageviews

    109664

    Blogroll